Saturday, July 2, 2011

Mimpi ular

Pagi tadi aku mimpi ular. Bukan mimpi kena patuk ataupun bunuh ular tu. Tapi aku mimpi aku pelihara ular. Banyak juga la dalam berbelas ekor. Saiz besar kecik semua ada. Kebanyakkannya bersaiz sederhana. Kalau tak silap semuanya macam ular kapak atau ular sawa. Entah, aku pun tak kenal sangat jenis ular ni. 


(Gambar dari Google)

Yang tak boleh blah, aku mimpi aku letak mereka dalam almari hiasan. Ular-ular tu semua nak keluar. Aku pun bagi la beberapa ekor daripada mereka keluar. Aku tengok je mereka. Seingat aku ada yang macam menyorok di sebalik langsir. Kemudian, aku cuba halang yang lain daripada keluar. Tapi ada juga yang bolos. Bila dah banyak yang keluar, aku pun nak masukkan mereka semula dalam almari tu. Takkan nak angkat macam tu je kan? Jadi aku pun ambil la seekor demi seekor. Bermula dengan seekor ni yang sisiknya berwarna hijau gelap. Perlahan-lahan je aku usap dan belai dia.


(Gambar dari Google)

Comel jugak ular ni. Lepas tu aku ambil seekor lagi yang berwarna coklat. Agak ngeri sikit warna dia. Huhu. Tapi aku cuba juga pegang. Belum sempat nak letak balik dalam almari tu, aku dah terjaga daripada tidur. Tamat.

Aku pun dah tak ingat kenapa tetiba aku mimpi aku bela ular ni. Bukan seekor tapi banyak. Mereka pun jinak je. Entahlah. Ingat-ingat lupa je ni. Tak pernah-pernah pun aku mimpi ular. Huhu. Dengar kata mimpi ular ni banyak maksudnya. Takut juga. Jadi aku pun cari la di internet pasal tafsiran mimpi ni.

Salah satu  tafsiran mimpi ni aku jumpa di sini...

Jika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

Pasal mimpi aku ni macam mana pulak ek? 

Petikan daripada entri ini pula...
Mimpi tentang ular merupakan lambang musuh yang dapat menyembunyikan permusuhannya. Atau dapat diertikan musuh yang munafik dan sangat membahayakan karena ia tidak berani berhadapan, tapi menyerang dari belakang.
1) bermimpi membunuh ular, ertinya anda akan berhadapan dengan musuh atau pesaing dalam bisnis dan anda menang;
2) bermimpi bertengkar dengan ular dan anda dapat dikalahkan artinya musuh atau pesaina andalah yang menang dalam kompetisi;
3) bermimpi melihat ular mempunyai kaki, ertinya anda mempunyai musuh yang kuat;
4) bermimpi melihat ular tetapi anda merasa takut karena binatang itu memandangnya artinya anda akan dicekam ketakutan
5) bermimpi merasa ada ular keluar dari lubang anus, telinga atau perut artinya sebagian keluarga anda ada yang menjadi musuh secara diam-diam (membenci anda dengan diam-diam);
6) bermimpi memiliki ular, ertinya anda akan mendapatkan kenikmatan dan keberuntungan;
7) bermimpi memiliki ular hitam, artinya anda akan memiliki kekuatan dan kewibawan;
8) bermimpi memiliki ular kecil yang mengkilap kulitnya, artinya anda akan mendapatkan kekayaan; 
9) bermimpi melihat ular kecil tiba-tiba menjadi ular besar (ular naga) ertinya bahewa anda akan mendapat pertolongan dari orang yang berkedudukan;
10) bermimpi melihat ular berlari mendekati ertinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam;
11) bermimpi melihat ular dalam jumlah banyak dan bermacam-macam ertinya anda akan mendapatkan kebahagiaan;
12) bermimpi bermain-main dengan ular ertinya ada seseorang yang sedang jatuh cinta kepada anda;
13) bermimpi melihat ular di dalam rumah ertinya anda akan kedatangan tamu yang membuat senang seluruh keluarga;
14) bermimpi melihat kulit ular ertinya anda akan mendapatkan kebahagiaan dan kekayaan dari Allah; bermimpi menari dengan membawa ular artinya anda akan mengalami kekacauan dengan kekasih


Yang aku bold tu sebab macam ada kena mengena sikit dengan mimpi aku tu. Harap-harap mimpi aku ni membawa maksud yang baiklah kan. 


*Psss: korang pernah bermimpi pasal ular atau berpengalaman dengan ular?




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...